Permohonan Visa Umrah

Posted on 9:53 PM Under 0 comments


PROSEDUR PERMOHONAN VISA UMRAH




Para jemaah perlu menyediakan:
Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan
  1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok /  Wanita: Bertudung)
  3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.
Dokumen Tambahan
Dokumen tambahan bagi - Isteri mengikut suami
   - Salinan Surat Nikah

Dokumen tambahan bagi - Anak Lelaki kurang dari 18 tahun/Semua Anak Perempuan
   - Salinan Surat Kelahiran Sendiri

Dokumen tambahan bagi - Ibu mengikuti anak lelaki/Menantu
   - Salinan Surat Lahir Anak Lelaki Yang Diikuti/Anak Perempuan
Nota: Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke pejabat Andalusia 30 hari sebelum hari penerbangan. (Bagi pakej bulan Ramadhan 30 hari sebelum 1 Ramadhan)
* Wanita dibawah 45 tahun dan lelaki dibawah 18 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur melebihi 18 tahun.
*Terkini: 
  • Jemaah lelaki /perempuan bawah 18 tahun, Ibu dan bapa mesti pergi.
  • Jemaah perempuan bawah 45 tahun, mahram bapa sahaja.
Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen yang diperlukan:

JEMAAHMAHRAMDOKUMEN DIPERLUKANNOTA
1IsteriSuami
  • Salinan sijil nikah
  • Pastikan salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
  • Pastikan salinan Sijil Nikah tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan suami-isteri tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
2Anak perempuan dan anak lelaki di bawah 18 tahunBapa
  • Salinan Sijil Lahir
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
3Anak angkatBapa Angkat
  • Salinan Sijil angkat (JPN) dan 
  • Surat Kuasa Mahkamah Syariah/Pejabat Agama (Surat Kuasa Hak Jagaan Anak)
  • Pastikan dokumen tersebut telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  • Bagi anak angkat yang mempunyai nama bapa angkat di dalam paspot dan Sijil Anak Angkat, salinan Sijil Anak Angkat tersebut hanya perlu disahkan oleh Wisma Putra sahaja dan tidak perlu surat kuasa dari mahkamah.
4Anak tiriBapa Tiri
  • Salinan Sijil Lahir
  • Surat Kuasa Mahkamah Syariah/Pejabat Agama (Surat Kuasa Hak Jagaan Anak) 
  • Letter of Consent dari bapa kandung serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
5Anak saudaraBapa Saudara sebelah bapa sahaja. 
(Bapa saudara sebelah ibu tertakluk kepada budi bicara kedutaan Arab Saudi)
  • Salinan sijil lahir anak saudara,
  • Salinan sijil lahir bapa saudara,
  • Salinan sijil lahir bapa
  • Letter of Consent dari bapa kandung sahaja serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa saudara tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
6CucuDatuk Sebelah bapa sahaja. 
(Datuk sebelah ibu tertakluk kepada budi bicara kedutaan Arab Saudi)
  • Salinan sijil lahir,
  • Salinan sijil lahir bapa
  • Letter of Consent dari bapa kandung sahaja serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa saudara tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Bagi bapa dan ibu yang telah meninggal salinan Sijil Kematian perlu disahkan oleh Pejabat Pendftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
7Warganegara asing
Pemastuatin Tetap (Permanent Residence)
Kad Pengenalan Asal dan salinan Kad Pengenalan.
Visa Pekerja (Employment Pass)
Surat pengesahan majikan.
Visa Pelajar (Student Visa)
Surat pengesahan dari Kolej/Universiti/Sekolah.
Visa Keluarga (Social Visit)/Independent Pass)
Salinan Sijil Nikah/Sijil Lahir.
  • Bagi pembantu rumah (Maid) majikan perlu ikut serta.
  • Visa perlu sahlaku 6 bulan ke atas
Lain-lain kes sila rujuk kepada pegawai Andalusia
* Jemaah yang pergi bersama adik beradik lelaki/datuk / bapa saudara / bapa tiri:
  • Sila download borang Letter of Consent untuk diisi.
  • Letter of Concent dari bapa kandung/suami untuk tumpang mahram bersama adik beradik lelaki /Datuk / Bapa Saudara / Bapa Tiri diminta penjaga tandatangan sendiri depan pesuruhjaya sumpah berdekatan. 
  • Sertakan salinan kad pengenalan penjaga.
  • Download: Klik kanan dan Save.
Di sini kami ingin memaklumkan supaya peserta / jemaah yang ingin keluar negara menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara.(Blacklist : Hutang bank, PTPTN dll).
Ini untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika di imigresen.
Sila layari laman web Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia:
http://sspi2.imi.gov.my/

Semakan Status Kawalan Imigresen
Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.


About the author

Mohamad Zaid Rajiman (Zaid) is a admin of Husnuzon2u blog . Learn more about him here and connect with Husnu Zon Travel and Tours community in Twitter,Facebook,and Google+


0 comments